:: Result SPM 2012 ::


Setelah menanti selama lebih 3 bulan selepas SPM 2012, maka tibalah hari yang dinanti-nantikan, Khamis yang bertarikh 21 Mac 2013 iaitu 'Judgement Day SPM 2012' a.k.a. hari keputusan SPM 2012 dikeluarkan.

Dalam tempoh tersebut, macam-macam aktiviti yang telah kami jalankan. Ada yang terpaksa mengorbankan hampir 3 bulan untuk berkhidmat untuk negara. Dengan erti kata lain, menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ada yang ambil lesen kereta/motor. Ada yang dah jadi macam mak ayah dah, pergi keluar untuk cari sumber rezeki. Ada yang bermusafir jauh semata-mata untuk mengembara Tuan Punya Ilmu. Semuanya demi meraih redhaNya dengan harapan tiada yang sia-sia kami lakukan ketika menanti tarikh keramat itu tiba.


Bila sudah time, keluar pula macam-macam ragam. Apa boleh buat, masa dah berlalu, hanya mampu bertawakkal saja. Walau apa jua keputusan yang kami terima, kami terpaksa akur dan bersyukur kerana result yang kami terima adalah bertepatan dengan usaha yang telah kami kerahkan.


Wajah-wajah Penggapai 11A Frontage 0812

SEMUA A+ : 1 ORANG / 0.8%
SEMUA A : 28 ORANG / 21.9%
SEMUA LULUS : 100%
GRED PURATA KESELURUHAN : 1.70

GRED PURATA NEGERI : 4.86
GRED PURATA PPD : 4.61
POLA : 9

BAHASA MELAYU / 1103 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 1.26

BAHASA INGGERIS / 1119 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 1.52

BAHASA INGGERIS C / 1119C :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 3.51

SEJARAH / 1249 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 1.69

MATHEMATICS / 1449 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 0.36

BAHASA ARAB TINGGI / 2361 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 2.52

ADDITIONAL MATHEMATICS / 3472 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 2.27

PHYSICS / 4531 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 2.90

CHEMISTRY / 4541 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 2.25

BIOLOGY / 4551 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 2.71

PENDIDIKAN AL-QURAN DAN  AS-SUNNAH / 5227 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 0.56

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH / 5228 :
I  ) PERATUS LULUS : 100.0
II ) GPMP : 0.62

---------------------------------------------------------------

Apa-apa pun, kami tetap berpuas hati atas apa yang telah kami usahakan selama 5 tahun berada di bumi tarbiyah, SMAP Labu. Semoga keputusan ini menjadi penanda aras buat kami untuk terus lebih berjaya pada masa akan datang. InsyaAllah.

suatu masa dulu TANGkey (part 2)

 “Okay sekarang aku, Zuhdee dengan Acap Mini jadi skuadleader, kite buat 3 kumpulan” Suren semangat. “Panjat, Agym, Fitri Hanif ngan Zuhdee”
“Group first kita bagi yang baik-baik”
“Baik ke?”
“Baik kot~” Serentak mereka menjawab.
“Group ke 2 kite bagi Beng, Zahir, Mes ngan Acap”
“Aku pegi lambat sikit eh, ade hal la” Beng mematikan mp3 Sony nya.
“Suka hati ko la”
“Group 3 aq, Mard, Anep Aikal, Mel ngan Iffi”
“Ni semue kaki fly la ni” Agym menyindir lagi.
Ketawa mereka kembali pecah.
“Dah2, pegi balik dorm tuka baju” Suren mengarah “Ha! Sebelum tu”
“Ape?” Acap pelik.
“Ade tips-tips sebelum gerak”
Semua memasang telinga masing-masing.
“Yang pertama kalau nak panjat pakai baju warna hitam”
“oooohh”
“Lepas tu jangan pakai benda-benda yang berkilat or berkilau, bahaya”
“Okke boss!”
“Dah, pegi balik dorm”
Mereka bergerak ke dorm masing-masing untuk menukar pakaian. Fitri Hanif meluru kearah loker Agym.
“Gym, pinjam baju Gym” Fitri Hanif membuka pintu loker.
“Baju ape?”
“Baju ape-ape la asalkan warna hitam”
“Amek la baju Arsenal tuh”
“Fly?” Fitri Hanif buat muke pelik
“Nape?, pelik?”
“Tak la, baju dia macam menarik sikit la tulisan dia” sambil menampakkan giginya.
“Tengok la baju sape”
“Haha, da la kita tak pernah buat kerja-kerja macam ni, first time buat masalah, memang cuak la”
“Aah doo, cuak gak la”
“Ala, lek-lek suda” Mard menyampuk “Pandai-pandai la cover”
“Masalah nye nak cover pun tak reti la”
Ketawa mereka pecah lagi.

MEREKA SEMUA BERGERAKKE MUSOLLA UNTUK MEMULAKAN STRATEGI. Mereka mula melangkah keluar dari pagar aspura.
“Weh, mati la kite, Ustaz Amir la!” Fitri Hanif gelabah.
“Relex, relex”
“Relex ape nye” Hanif mengeluh.
“Kelakar la ko ni anep, jap, ko ada kamera tak?”
“Aku ada!” Zahir mengeluarkan kamera Samsung hitamnya.
“Kamera zaman bile ni? Zaman fir’aun ke?”
“Mane fir’aun pakai kamera, gune je lah”
“Jap aku goreng ayat, korang diam je” Agym menutup suiz kamera.”Assalamualaikum ustaz”
“Waalaikumsalam” Ustaz Amir senyum “Nak pergi mana ramai-ramai ni?”
“Saja je, jalan-jalan tangkap gambar, maklum la malam akhir” Mard menggoreng ayat.
“Tangkap gambar ape malam-malam ni”
“Gambar bulan, bintang, matahari ke kalau ada” Agym pula menggoreng.
“Nampak ke malam-malam ni?”
“Kamera kami canggih ustaz,ada flash, tangkap gambar dengan kami jom ustaz, kenangan. Mane la tau tahun depan da tak jumpe”
“Aish, ade pulak cakap macam tu, boleh jugak, jom”
Masing-masing berlakon. Zahir mencapai kamera di tangan Agym lalu mengarahkan semua duduk dalam posisi masing-masing. “Okay satu, dua, tiga”
“Klik”
“Terima kasih ustaz” masing-masing menghulurkan tangan.
“Sama-sama, jalan elok-elok malam-malam ni, karang telanggar batu susah”
“Baik ustaz”
“Mission complete!” Mard dan Agym sengih.
“Pandai korangg goreng ayat”
“Ni Muhammad ngan Faiz la, sape tak kenal”
“Ko memang” Mel bersuara.
“Ko pun sama!”



Hasil karya :
Muhammad Faiz Hazim Bin Jpari (MFHJ 0812)

suatu masa dulu TANGkey (part 1)

Malam itu sungguh mendung ditemani cahaya kilat yang tak henti menyabung. Kadangkala kedengaran bunyi guruh meriah berdentum. Dorm Hamzah riuh dengan ketawa yang tak henti-henti pecah.
“Wei nak buat apa ha malam ni”. Mard yang sedang memakai sweater belang coklatnya membuka topik.
“Ronda-ronda jom” Mel menyelit ”Kata malam last”.
Agym tersengih “Nak pegi mana lagi Mel oi, semua port kita dah takluk dah” Beng dan Zuhdee yang dari tadi asyik mndengar mp3 Sony Walkman turut tersengih.
“Tangki jom”kedengaran suatu suara sumbang yang datang dari arah pintu utama. Mata mereka tertumpu kearah Chai. Chai masuk lalu duduk selamba.
“Macam best je” Zuhdee membuka earphone nya.
“Tangki mana ni?:” Kening Beng terangkat sebelah.
“Laa takkan tangki musolla kowt” Mard yang dari tadi diam kembali bersuara sambil mengalihkan telunjuknya kearah sekolah “Tangki besar tu la”
“Laa yang tu ke?”beng buat muka pelik “bagus jugak idea tu,boleh dipertimbangkan”
“Agym gi panggil planmaker sekarang!”.
“Siape?”
“Sape lagi,Suren la” Mard merengus.
“Kat mana?”
“Panggil je la”
“Suren!Suren!” Blok A dan B kediaman Aspura bergema dengan suara nya “Mana kau!”
“Aku kat sini la”
“Mana!” Matanya tertumpu kea rah dorm Bujairami “Naik jap!”
“Ada apa?”
“Naik je la,nanti aku cite”
“SEKARANG KITA GERAK IKUT KUMPULAN”
Suren mula mengatur “Sape je yang nak join”
“Aku”
“Aku”
“Ana”
“Aku”
“Aku”
Suren mengangkat keningnya “Takkan enam orang je,panggil la yang lain”
“Nak panggil sape lagi?”
“Panggil la dak-dak ni”
Sekali lagi blok kediaman aspura bergema dengan suara lunaknya.
“Fitri Hanif!, Panjat! ,Acap!, Zahir!, Mes!, Hamzah jap”.
Panjat memakai kaca matanya “Ade ape?”
“Ade hal jap”
“Hal ape?”
“Halaqah”
“Masuk air betul la, ade ape?”
“Naik je”
“Jap”
“Sekarang kite ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 orang”. Suren mengira “Acap mana?”
“Tido la” Acap mini menyelak majalah Solusinya.
“Korang nak buat apa?” Mes mengangkat kening doublejerk.
“Tangki la”
“Bila?”
“Malam ni la” Mard membetulkan dudknya.
“Bapak syok la!” Mes muka teruja “Nak join”
“Ni yang aku ajak korang ni sebab tu la”
“Aku no probz, on je”
Mata mereka semua tertumpu kearah Fitri Hanif yang tak duduk diam dari tadi. Semua buat muka pelik.
“Ai nep, ko nak ikut sekali ke? Outing pun tak pernahnak buat kerja-kerja cam ni pulak” Agym menyindir.
Ketawa mereka pecah.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Anep buat-buat tak tau.
‘Boleh je,ade bran?”
“Ey mesti la, ni Anep ok”
“Ye la, boleh je”


Hasil karya :
Muhammad Faiz Hazim Bin Jpari (MFHJ 0812)

:: Kami Lepasan SPM 2012 ::

5 November 2012 - 5 Disember 2012

Tempoh masa yang sudah berlalu ini menunjukkan bahawa calon SPM SMAP Labu 2012 a.k.a. Frontage 0812 telah selesai menjalani sesi persekolahan di SMAP Labu selama 5 tahun. Segala kenangan pahit, manis, masam, masin, tiga rasa sepanjang kami bersama tidak dapat kami lupakan kerana terlalu banyak rasa menyebabkan ia sentiasa tersemat di dalam sanubari kami. Moga-moga setiap apa yang telah kami usahakan untuk sekolah menjadi titik tolak kepada pembangunan agama di sisi Allah, Islam serta kejayaan yang mampu membanggakan seluruh warga SMAP Labu sepanjang zaman. Kami juga akan sentiasa bertawakkal 100% kepada Allah setelah usaha 100% yang tidak kenal erti penat  lelah dan diiringi dengan doa 100% tanpa henti agar segala yang kami hajatkan yakni segala kebaikan untuk diri kami, warga SMAP Labu, agama, bangsa dan negara dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar akan permintaan hambaNYa serta menjadi realiti. Begitu juga kepada semua umat manusia yang mengenali kami, Frontage 0812 agar dapat sama-sama mendoakan kami agar kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2012. InsyaAllah.



اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين والباهرين والمتفوقين في كل إختبار وفي كل إمتحان في الدين في الدنيا والأخيرة

:: Ceritera Kami (Tingkatan 5) ::

Tahun 2012 merupakan tahun terakhir kami berada di alam persekolahan. Tahun tersebut juga merupakan tahun kami menempuh peperiksaan yang besar di mana menentukan masa depan kami selepas bergelar pelajar sekolah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sebelum kami meninggalkan SMAPL, kami akan membuat suatu perubahan di mana iklim dini yang dikehendaki oleh Islam wujud dan diamalkan sepenuhnya di sekolah tersebut. Kami juga akan berusaha untuk tidak akan menghampakan kedua ibu bapa kami, ahli keluarga kami, guru-guru kami dan semua warga SMAPL dengan memberikan segala yang baik kepada mereka khususnya dalam peperiksaan SPM. Harapan kami agar kami menjadi yang terbaik untuk mereka dan seluruh umat manusia. Moga-moga segala doa dan usaha kami diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. InsyaAllah.



Hayya ya Frontage 0812, Hayya bil jihad..



SPM InsyaAllah 11A+ 100% (^_^)

:: Ceritera Kami (Tingkatan 4) ::

Tahun 2011 adalah masa untuk beralih ke musim tingkatan 4. Kami berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan berusaha untuk berakhlak mulia agar kami dapat menjadi orang yang dipandang tinggi oleh Allah. InsyaAllah.


Tahun ini tidak seindah tahun-tahun lalu kerana kami telah mengalami satu krisis yang sangat merisaukan kami satu batch. Kami mengharapkan agar kami satu batch akan kekal bersama. Namun, harapan hanyalah satu harapan. Beberapa orang ahli batch telah keluar dari SMAPL. Pemergian mereka dari SMAPL meninggalkan seribu satu kenangan buat kami semua.  Walau bagaimanapun, kami telah sepakat `once a frontage, always a frontage'. 


Tahun 2011 juga kami menerima ahli baru seramai 17 orang. Pada awalnya, kami tidak dapat menerima kehadiran mereka tetapi setelah beberapa hari kami terima dengan hati terbuka. Kedatangan mereka memeriahkan semula keadaan batch kami dan kami tetap menerima mereka sebagai ahli Frontage 0812.

1 APRIL 2011, tarikh keramat yang telah meluruhkan berjuta-juta titisan air mata ahli batch kami. Memang pemergian mereka sangat menyakitkan dan menyiksakan tapi kami mesti teruskan kehidupan kami demi masa depan kami. InsyaAllah,kami akan berjumpa kembali pada lain masa. Pemergian mereka dari SMAPL diharapkan akan memberi kejayaan kepada mereka dan menjadi semangat kepada kami yang masih berada di dalam sekolah tersebut. Walaupun telah meninggalkan SMAPL,mereka tetap ahli Frontage. Seperti yang tertera pada awal diskripsi ini 'ONCE A FRONTAGE, FOREVER FRONTAGE, NO MATTER WHAT!!!!!'. Kami meneruskan perjuangan kami sebagai pelajar tingkatan 4 hingga ke akhir tahun.

:: Ceritera Kami (Tingkatan 3) ::

Ketika melangkah ke tingkatan 3, kami perlu menghadapi satu peperiksaan besar yang pertama bagi kami di SMAPL iaitu PMR. Kami belajar bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian kami, kelurga kami dan semua warga sekolah iaitu dengan mencapai 9A. Saat-saat kedatangan PMR sentiasa dinanti-nantikan oleh kami semua. Ketika kertas peperiksaan PMR berada di atas meja kami di dalam dewan peperiksaan, kami jawab soalan-soalan yang diberikan dengan penuh keyakinan. Apa yang kami harapkan pada tahun 2010 adalah keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Hayya ya Frontage 0812, Hayya bil jihad..

PMR Insyaallah 9A 100% (^_^)

Akhirnya keputusan PMR telah pun keluar pada 23 Disember 2010. Pencapaian kami untuk PMR tahun ini tidak seperti yang kami harapkan tetapi kami tetap bersyukur kepada Allah kerana kami rasa keputusan yang kami terima ini adalah atas usaha yang terbaik yang telah kami lakukan. Analisis keputusan PMR 2010 adalah seperti yang berikut :

Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

a) Bilangan pelajar yang mendapat 9A : 78/130

b) GPA : 1.09

c) Peratus pelajar yg mendapat 9A : 60%

d) Analisis mata pelajaran :-
1. Bahasa Melayu : 130 A
2. English : 103 A
3. Sejarah : 128 A, 2 B
4. Geografi : 125 A, 4 B, 1 C
5. Pendidikan Islam : 130 A
6. Matematik : 127 A
7. Sains : 119 A, 10 B, 1 C
8. i-Kemahiran Hidup Pilihan 1: 59 A, 1 B
   ii-Kemahiran Hidup Pilihan 2: 12 A
   iii-Kemahiran Hidup Pilihan 4 : straight A
9. Bahasa Arab : 100 A, 20 B, 10 C

:: Ceritera Kami (Tingkatan 2) ::

Tingkatan 2 merupakan waktu-waktu yang kami rasakan gelaran 'senior' mula diberikan kepada kami oleh 'junior-junior' kami. Kami cuba sedaya-upaya untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka kerana yang tua sentiasa dijadikan 'role model' kepada yang junior.


Ketika mempelajari subjek tingkatan 2, kebanyakan antara kami merasakan pembelajarannya agak susah. Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang kami impikan serta menaikkan nama sekolah.


Tahun 2009 juga merupakan waktu yang bersejarah bagi batch ini. Ketika itu, nama batch kami iaitu 'FRONTAGE 0812' yang membawa maksud 'Maju Ke Hadapan' mula tercipta dan ketika itu juga, baju batch tercipta. Detik-detik ini dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhwah Islamiah sesama kami.


Baju Batch Frontage 0812

:: Ceritera Kami (Tingkatan 1) ::

Ketika ahli batch ini mula berdaftar di SMAPL sebagai pelajar sekolah menengah buat petama kalinya, kami merasakan bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh semua warga SMAPL. Mereka melayan kami dengan baiknya sehingga kami merasakan sekolah ini adalah sekolah yang sangat menitik beratkan nilai hormat-menghormati sesama manusia.


Kami telah diorientasikan selama dua minggu yang diisi dengan pelbagai program dan aktviti yang menarik untuk kami bagi menyesuaikan diri kami sebagai pelajar SMAPL. Ketika ini kami mengenal abang-abang dan kakak-kakak, guru-guru kawasan sekolah serta semua warga SMAPL. Ketika ini juga, setiap ahli Frontage 0812 menerima abang dan kakak angkat. Banyak kenangan yang kami peroleh ketika program orientasi dijalankan yang tidak dapat kami lupakan sehingga kini.

Sebagai pelajar tingkatan 1 tahun 2008, kami mula mempelajari subjek-subjek yang lebih banyak dari sekolah rendah iaitu 9 subjek sebagai subjek-subjek yang wajib kami ambil untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Kami juga dididik oleh abang-abang dan kakak-kakak senior dengan penuh kasih sayang dan mereka memberikan harapan yang tinggi kepada kami agar batch kami menjadikan batch yang terbaik di SMAPL.



Akhirnya, kami dapat menyesuaikan diri kami sebagai pelajar SMAPL sehingga akhir tahun 2008.(^_^)