:: Ceritera Kami (Tingkatan 1) ::

Ketika ahli batch ini mula berdaftar di SMAPL sebagai pelajar sekolah menengah buat petama kalinya, kami merasakan bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh semua warga SMAPL. Mereka melayan kami dengan baiknya sehingga kami merasakan sekolah ini adalah sekolah yang sangat menitik beratkan nilai hormat-menghormati sesama manusia.


Kami telah diorientasikan selama dua minggu yang diisi dengan pelbagai program dan aktviti yang menarik untuk kami bagi menyesuaikan diri kami sebagai pelajar SMAPL. Ketika ini kami mengenal abang-abang dan kakak-kakak, guru-guru kawasan sekolah serta semua warga SMAPL. Ketika ini juga, setiap ahli Frontage 0812 menerima abang dan kakak angkat. Banyak kenangan yang kami peroleh ketika program orientasi dijalankan yang tidak dapat kami lupakan sehingga kini.

Sebagai pelajar tingkatan 1 tahun 2008, kami mula mempelajari subjek-subjek yang lebih banyak dari sekolah rendah iaitu 9 subjek sebagai subjek-subjek yang wajib kami ambil untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Kami juga dididik oleh abang-abang dan kakak-kakak senior dengan penuh kasih sayang dan mereka memberikan harapan yang tinggi kepada kami agar batch kami menjadikan batch yang terbaik di SMAPL.



Akhirnya, kami dapat menyesuaikan diri kami sebagai pelajar SMAPL sehingga akhir tahun 2008.(^_^)

No comments on ":: Ceritera Kami (Tingkatan 1) ::

Leave a Reply