suatu masa dulu TANGkey (part 1)

Malam itu sungguh mendung ditemani cahaya kilat yang tak henti menyabung. Kadangkala kedengaran bunyi guruh meriah berdentum. Dorm Hamzah riuh dengan ketawa yang tak henti-henti pecah.
“Wei nak buat apa ha malam ni”. Mard yang sedang memakai sweater belang coklatnya membuka topik.
“Ronda-ronda jom” Mel menyelit ”Kata malam last”.
Agym tersengih “Nak pegi mana lagi Mel oi, semua port kita dah takluk dah” Beng dan Zuhdee yang dari tadi asyik mndengar mp3 Sony Walkman turut tersengih.
“Tangki jom”kedengaran suatu suara sumbang yang datang dari arah pintu utama. Mata mereka tertumpu kearah Chai. Chai masuk lalu duduk selamba.
“Macam best je” Zuhdee membuka earphone nya.
“Tangki mana ni?:” Kening Beng terangkat sebelah.
“Laa takkan tangki musolla kowt” Mard yang dari tadi diam kembali bersuara sambil mengalihkan telunjuknya kearah sekolah “Tangki besar tu la”
“Laa yang tu ke?”beng buat muka pelik “bagus jugak idea tu,boleh dipertimbangkan”
“Agym gi panggil planmaker sekarang!”.
“Siape?”
“Sape lagi,Suren la” Mard merengus.
“Kat mana?”
“Panggil je la”
“Suren!Suren!” Blok A dan B kediaman Aspura bergema dengan suara nya “Mana kau!”
“Aku kat sini la”
“Mana!” Matanya tertumpu kea rah dorm Bujairami “Naik jap!”
“Ada apa?”
“Naik je la,nanti aku cite”
“SEKARANG KITA GERAK IKUT KUMPULAN”
Suren mula mengatur “Sape je yang nak join”
“Aku”
“Aku”
“Ana”
“Aku”
“Aku”
Suren mengangkat keningnya “Takkan enam orang je,panggil la yang lain”
“Nak panggil sape lagi?”
“Panggil la dak-dak ni”
Sekali lagi blok kediaman aspura bergema dengan suara lunaknya.
“Fitri Hanif!, Panjat! ,Acap!, Zahir!, Mes!, Hamzah jap”.
Panjat memakai kaca matanya “Ade ape?”
“Ade hal jap”
“Hal ape?”
“Halaqah”
“Masuk air betul la, ade ape?”
“Naik je”
“Jap”
“Sekarang kite ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 orang”. Suren mengira “Acap mana?”
“Tido la” Acap mini menyelak majalah Solusinya.
“Korang nak buat apa?” Mes mengangkat kening doublejerk.
“Tangki la”
“Bila?”
“Malam ni la” Mard membetulkan dudknya.
“Bapak syok la!” Mes muka teruja “Nak join”
“Ni yang aku ajak korang ni sebab tu la”
“Aku no probz, on je”
Mata mereka semua tertumpu kearah Fitri Hanif yang tak duduk diam dari tadi. Semua buat muka pelik.
“Ai nep, ko nak ikut sekali ke? Outing pun tak pernahnak buat kerja-kerja cam ni pulak” Agym menyindir.
Ketawa mereka pecah.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Anep buat-buat tak tau.
‘Boleh je,ade bran?”
“Ey mesti la, ni Anep ok”
“Ye la, boleh je”


Hasil karya :
Muhammad Faiz Hazim Bin Jpari (MFHJ 0812)

:: Kami Lepasan SPM 2012 ::

5 November 2012 - 5 Disember 2012

Tempoh masa yang sudah berlalu ini menunjukkan bahawa calon SPM SMAP Labu 2012 a.k.a. Frontage 0812 telah selesai menjalani sesi persekolahan di SMAP Labu selama 5 tahun. Segala kenangan pahit, manis, masam, masin, tiga rasa sepanjang kami bersama tidak dapat kami lupakan kerana terlalu banyak rasa menyebabkan ia sentiasa tersemat di dalam sanubari kami. Moga-moga setiap apa yang telah kami usahakan untuk sekolah menjadi titik tolak kepada pembangunan agama di sisi Allah, Islam serta kejayaan yang mampu membanggakan seluruh warga SMAP Labu sepanjang zaman. Kami juga akan sentiasa bertawakkal 100% kepada Allah setelah usaha 100% yang tidak kenal erti penat  lelah dan diiringi dengan doa 100% tanpa henti agar segala yang kami hajatkan yakni segala kebaikan untuk diri kami, warga SMAP Labu, agama, bangsa dan negara dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar akan permintaan hambaNYa serta menjadi realiti. Begitu juga kepada semua umat manusia yang mengenali kami, Frontage 0812 agar dapat sama-sama mendoakan kami agar kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2012. InsyaAllah.



اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتازين والباهرين والمتفوقين في كل إختبار وفي كل إمتحان في الدين في الدنيا والأخيرة

:: Ceritera Kami (Tingkatan 5) ::

Tahun 2012 merupakan tahun terakhir kami berada di alam persekolahan. Tahun tersebut juga merupakan tahun kami menempuh peperiksaan yang besar di mana menentukan masa depan kami selepas bergelar pelajar sekolah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sebelum kami meninggalkan SMAPL, kami akan membuat suatu perubahan di mana iklim dini yang dikehendaki oleh Islam wujud dan diamalkan sepenuhnya di sekolah tersebut. Kami juga akan berusaha untuk tidak akan menghampakan kedua ibu bapa kami, ahli keluarga kami, guru-guru kami dan semua warga SMAPL dengan memberikan segala yang baik kepada mereka khususnya dalam peperiksaan SPM. Harapan kami agar kami menjadi yang terbaik untuk mereka dan seluruh umat manusia. Moga-moga segala doa dan usaha kami diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. InsyaAllah.



Hayya ya Frontage 0812, Hayya bil jihad..



SPM InsyaAllah 11A+ 100% (^_^)

:: Ceritera Kami (Tingkatan 4) ::

Tahun 2011 adalah masa untuk beralih ke musim tingkatan 4. Kami berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan berusaha untuk berakhlak mulia agar kami dapat menjadi orang yang dipandang tinggi oleh Allah. InsyaAllah.


Tahun ini tidak seindah tahun-tahun lalu kerana kami telah mengalami satu krisis yang sangat merisaukan kami satu batch. Kami mengharapkan agar kami satu batch akan kekal bersama. Namun, harapan hanyalah satu harapan. Beberapa orang ahli batch telah keluar dari SMAPL. Pemergian mereka dari SMAPL meninggalkan seribu satu kenangan buat kami semua.  Walau bagaimanapun, kami telah sepakat `once a frontage, always a frontage'. 


Tahun 2011 juga kami menerima ahli baru seramai 17 orang. Pada awalnya, kami tidak dapat menerima kehadiran mereka tetapi setelah beberapa hari kami terima dengan hati terbuka. Kedatangan mereka memeriahkan semula keadaan batch kami dan kami tetap menerima mereka sebagai ahli Frontage 0812.

1 APRIL 2011, tarikh keramat yang telah meluruhkan berjuta-juta titisan air mata ahli batch kami. Memang pemergian mereka sangat menyakitkan dan menyiksakan tapi kami mesti teruskan kehidupan kami demi masa depan kami. InsyaAllah,kami akan berjumpa kembali pada lain masa. Pemergian mereka dari SMAPL diharapkan akan memberi kejayaan kepada mereka dan menjadi semangat kepada kami yang masih berada di dalam sekolah tersebut. Walaupun telah meninggalkan SMAPL,mereka tetap ahli Frontage. Seperti yang tertera pada awal diskripsi ini 'ONCE A FRONTAGE, FOREVER FRONTAGE, NO MATTER WHAT!!!!!'. Kami meneruskan perjuangan kami sebagai pelajar tingkatan 4 hingga ke akhir tahun.

:: Ceritera Kami (Tingkatan 3) ::

Ketika melangkah ke tingkatan 3, kami perlu menghadapi satu peperiksaan besar yang pertama bagi kami di SMAPL iaitu PMR. Kami belajar bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian kami, kelurga kami dan semua warga sekolah iaitu dengan mencapai 9A. Saat-saat kedatangan PMR sentiasa dinanti-nantikan oleh kami semua. Ketika kertas peperiksaan PMR berada di atas meja kami di dalam dewan peperiksaan, kami jawab soalan-soalan yang diberikan dengan penuh keyakinan. Apa yang kami harapkan pada tahun 2010 adalah keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Hayya ya Frontage 0812, Hayya bil jihad..

PMR Insyaallah 9A 100% (^_^)

Akhirnya keputusan PMR telah pun keluar pada 23 Disember 2010. Pencapaian kami untuk PMR tahun ini tidak seperti yang kami harapkan tetapi kami tetap bersyukur kepada Allah kerana kami rasa keputusan yang kami terima ini adalah atas usaha yang terbaik yang telah kami lakukan. Analisis keputusan PMR 2010 adalah seperti yang berikut :

Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

a) Bilangan pelajar yang mendapat 9A : 78/130

b) GPA : 1.09

c) Peratus pelajar yg mendapat 9A : 60%

d) Analisis mata pelajaran :-
1. Bahasa Melayu : 130 A
2. English : 103 A
3. Sejarah : 128 A, 2 B
4. Geografi : 125 A, 4 B, 1 C
5. Pendidikan Islam : 130 A
6. Matematik : 127 A
7. Sains : 119 A, 10 B, 1 C
8. i-Kemahiran Hidup Pilihan 1: 59 A, 1 B
   ii-Kemahiran Hidup Pilihan 2: 12 A
   iii-Kemahiran Hidup Pilihan 4 : straight A
9. Bahasa Arab : 100 A, 20 B, 10 C